Smoke Jumper - Pengenalan
Dalam usaha jabatan untuk memperkembangkan kemampuan untuk menangani isu-isu bencana di dalam negara, jabatan telah mengorak langkah bagi mengembangkan operasi dengan mewujudkan satu unit pasukan khas dinamakan Smoke Jumper. Kursus payung terjun dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mula dilaksanakan pada 2 Oktober 2000 di mana jabatan telah menghantar seramai 5 orang anggota bagi menyertai Kursus Asas Payung Terjun Statik di Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur bersama-sama dengan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Kumpulan perintis tersebut telah melakukan penerjunan di Pengkalan TUDM Gong Kedak, Kelantan pada bulan November 2000. Seterusnya seramai 22 orang lagi anggota dihantar bagi menyertai kumpulan perintis ini di dalam bulan September 2001 sehingga Mei 2002. Bagi kumpulan perintis ini mereka telah menggunakan payung statik (bulat) ataupun payung yang sama digunakan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Kejayaan yang telah ditunjukkan oleh kumpulan perintis ini dan bagi merealisasi hasrat jabatan untuk menjadikan pasukan smoke jumper sebuah pasukan elit, jabatan telah mengadakan Kursus Asas Payung Terjun Statik Ram Air mulai pada tahun 2007. Sehinga kini jabatan telah mempunyai seramai 489 anggota smoke jumperterlatih.

Lihat Juga :-
- Tujuan dan Peranan Penubuhan Pasukan Smoke Jumper Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Penerangan Keahlian Smoke Jumper
- Gambar Pelancaran Smoke Jumper
- Maklumat Data Keanggotaan dan Kepakaran Anggota Smoke Jumper Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pioneer, 2007 dan 2009
- Data Peserta Mengikut Negeri
- Data Peserta Mengikut Negeri Siri 2007
- Data Peserta Mengikut Negeri Siri 2008
- Data Peserta Mengikut Negeri Siri 2009
- Data Anggota Smoke Jumper Mengikut Pangkat
- Data Anggota Smoke Jumper Mengikut Jantina
- Klasifikasi Sayap
- Undang-Undang Smoke Jumper



No comments:
Post a Comment