Monday 28 May 2012

EMRS

EMRS

Pasukan Khas \ EMRS

PDFCetakE-mail
Pengenalan
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) telah menubuhkan Pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) pada tahun 2006, perbincangan di antara pihak terbabit antara lain turut mencadangkan pemberian elaun sebanyak RM 150.00 sebulan kepada pegawai dan anggota yang menyertai Pasukan EMRS JBPM. Daripada cadangan awal tersebut, jabatan telah membuat beberapa kajian dan penilaian semula dan telah membuat permohonan semula elaun serta kerajaan bersetuju meluluskan bayaran “Insentif Pre Hospital Care” kepada Pasukan EMS JBPM berkuatkuasa pada 1 Januari 2007. Kadar elaun insentif yang diluluskan oleh kerajaan ialah sebanyak RM 100.00 sebulan.
Objektif
Objektif pasukan ialah memberikan pengetahuan serta kemahiran penilaian awal serta pengurusan mangsa ditempat kejadian, supaya perawatan kecemasan awal dapat dimulakan seterusnya dapat mengurangkan mortality serta morbidity.
Visi

"Menjadi sebuah pasukan perawatan kecemasan awal yang bertaraf antarabangsa”

Misi

"Pasukan EMRS Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia  adalah komited dalam memberikan perkhidmatan kecemasan awal bagi maksud meningkatkan peluang survival mangsa selaras dengan misi jabatan dalam memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional
bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini."

Keanggotaan
Keanggotaan pasukan EMRS JBPM di FRAM Wakaf Tapai ialah seramai 11 orang pegawai pelbagai pangkat.

Aktiviti Semasa
Aktiviti semasa Pasukan EMRS JBPM yang berada di FRAM Wakaf Tapai adalah pelbagai, antaranya setiap minggu diadakan kelas pengembangan ilmu yang di adakan setiap minggu. Tajuk kelas adalah berdasarkan pada modul EMRS yang terkandung dalam buku log EMRS yang merangkumi bidang praktikal serta teori. Selain itu pasukan EMRS di FRAM Wakaf Tapai juga akan terlibat dengan semua aktiviti jabatan seperti berikut:
a.       Majlis Tamat Latihan
b.      Pertandingan Kadet Bomba peringkat kebangsaan
c.       Sukan Bomba
d.      Pertandingan Kawat Kecekapan dan Firefighters Challenge peringkat kebangsaan
e.      Kursus Asas MUST
f.        Kursus Asas Payung Terjun
g.       Modul Orientasi Rekrut
Selain aktiviti di peringkat jabatan, Pasukan EMRS FRAM Wakaf Tapai juga terlibat dalam memberikan rawatan kecemasan semasa Temasya Sukan IKBN peringkat kebangsaan, pernah terlibat dalam memberikan kuliah kepada agensi kerajaan serta swasta serta bersedia untuk sebarang kes-kes kecemasan 24 jam sehari melibatkan peserta kursus, staff serta ahli keluarga FRAM Wakaf Tapai.

Perancangan Tahunan
Pada tahun 2010, perancangan dilakukan untuk memperjuangkan pemberian elaun sebanyak RM 100.00 kepada anggota pasukan EMRS di FRAM Wakaf Tapai, ini kerana di antara 11 orang pegawai yang ditauliahkan, hanya 3 orang sahaja yang menerima elaun tersebut. Baki 8 orang lagi tidak pernah menerima insentif tersebut sejak tahun 2007. Perancangan lain termasuklah membuat perbincangan dengan pihak KKM serta MASTEM pada bulan Ogos lepas, iaitu mengadakan siriRefresher Course bagi semua anggota pasukan EMRS bermula tahun 2011.

SMOKE JUMPER

SMOKE JUMPER

Smoke Jumper - Pengenalan

PDFCetakE-mail
Dalam usaha jabatan untuk memperkembangkan kemampuan untuk menangani isu-isu bencana di dalam negara, jabatan telah mengorak langkah bagi mengembangkan operasi dengan mewujudkan satu unit pasukan khas dinamakan Smoke Jumper. Kursus payung terjun dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mula dilaksanakan pada 2 Oktober 2000 di mana jabatan telah menghantar seramai 5 orang anggota bagi menyertai Kursus Asas Payung Terjun Statik di Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur bersama-sama dengan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Kumpulan perintis tersebut telah melakukan penerjunan di Pengkalan TUDM Gong Kedak, Kelantan pada bulan November 2000. Seterusnya seramai 22 orang lagi anggota dihantar bagi menyertai kumpulan perintis ini di dalam bulan September 2001 sehingga Mei 2002. Bagi kumpulan perintis ini mereka telah menggunakan payung statik (bulat) ataupun payung yang sama digunakan Pasukan Khas Udara (PASKAU). Kejayaan yang telah ditunjukkan oleh kumpulan perintis ini dan bagi merealisasi hasrat jabatan untuk menjadikan pasukan smoke jumper sebuah pasukan elit, jabatan telah mengadakan Kursus Asas Payung Terjun Statik Ram Air mulai pada tahun 2007. Sehinga kini  jabatan telah mempunyai seramai 489 anggota smoke jumperterlatih.
smoke jumper2

Lihat Juga :-

SCUBA

SCUBA

Pasukan Khas \ Scuba \ Pengenalan

PDFCetakE-mail
LogoScuba
Pengenalan
 Peranan Unit Penyelamat Di Dalam Air adalah untuk menangani insiden dan kecemasan yang berlaku di dalam air. Unit ini terdiri daripada pegawai dan anggota berkelayakan yang dilatih di dalam dan luar negara. Umumnya, Unit Penyelamat Di Dalam Air, JBPM mempunyai lesen daripada Persatuan Penyelam "National Association Under Water Instructor (SSI)".
Latar Belakang
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai adalah merupakan Pusat Kecemerlangan Pasukan SCUBA. Justeru itu, semua penganjuran kursus-kursus berkaitan dengan pasukan SCUBA akan dianjurkan di sini yang meliputi kursus-kursus Asas SCUBA, Open Water SCBA Diver, Advanced SCUBA Diver, Rescue SCUBA Diver, Master SCUBA Diver, Dive Master SCUBA Diver, Assistant Instructor dan Instructor.
VISI
"Menjadi sebuah pasukan penyelamatan di air yang bertaraf antarabangsa."

MISI
"Pasukan penyelamatan di air Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia komited
untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional
bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar
dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini."
Keanggotaan
Sehingga sekarang, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai kenaggotaan pasukan penyelam seramai 7 orang. Dimana 2 orang Dive Master dan 5 orang Advanced SCUBA Diver.
Aktiviti Semasa
Setiap anggota penyelam JBPM di FRAM Wakaf Tapai perlu menjalani latihan selaman atau latihan Currency  setiap bulan sekurang-kurangnya 9 jam.
Perancangan tahunan
Membantu FRAM Wakaf Tapai menjalankan kursus melibatkan pasukan selam JBPM sekurang-kurangnya 12 kali setahun.

RIM

RIM TEAM

Pasukan Khas \ RIM

PDFCetakE-mail

rim_3_smallHarap maaf. Laman ini sedang dikemaskini. Segala kesulitan amat dikesali. Sebarang pertanyaan sila klik disini

pasukan must

must team

Pasukan Khas \ Must Team

PDFCetakE-mail

mustlogo
Pengenalan
Matlamat awal mewujudkan pasukan bomba adalah sebagai pasukan pemadam kebakaran sahaja. Kemudian ianya berkembang disebabkan keperluan masyarakat kepada pasukan yang bersedia memberi bantuan kecemasan 24 jam apabila ditimpa musibah.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila corak kehidupan masyarakat semakin berkembang pesat. Corak panggilan kecemasan yang diterima oleh pasukan bomba juga telah berubah. Kalau dulu panggilan kebakaran jauh mengatasi panggilan menyelamat, kini kedua-dua jenis kecemasan ini telah hampir sama banyaknya dan trend menunjukkan panggilan menyelamat semakin meningkat.
Lebih merumitkan keadaan ialah kerja-kerja menyelamat adalah jauh lebih pelbagai dari kerja-kerja pemadaman kebakaran dan memerlukan peralatan yang berbeza serta kemahiran yang pelbagai.
Bagi menyahut cabaran inilah, maka Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah memperkenalkan konsep "multi-skill" dimana setiap pegawai bomba dilatih dengan pelbagai kemahiran dan unit-unit khas telah dibentuk bagi mengkhususkan lagi kemahiran di dalam bidang-bidang yang telah dikenalpasti.
Di antara bidang kemahiran utama yang dikenalpasti adalah :-
  • Menyelamat di Bangunan Tinggi (High Rise Rescue)
  • Menyelamat di Air (Water Rescue, SCUBA)
  • Kemalangan Jalan Raya (RTA)
  • Hazardous Materials (HAZMAT)
  • Urban Search and Rescue
  • Emergency Medical and Rescue Services (EMRS)
  • Kebakaran Hutan
  • High Angle Rescue
  • Menyelamat Dari Udara (Air Rescue)
Latar Belakang
Tanggal 11 september 1998 merupakan tarikh bersejarah kepada JBPM. Ini kerana pada tarikh tersebut, merupakan tarikh asmi penubuhan Pasukan Multi-Skill Team (MUST). Jabatan telah menerima 2 buah helicopter iaitu Mi-17-1V buatan Rusia yang mana majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pasukan ini adalah merupakan pasukan atau krew yang melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan pengurusan kecemasan secara terus kepada mangsa dan situasi kecemasan.
VISI & MISI
Melaksanakan operasi kebombaan melalui udara secara strategik, cepat dan berkesan demi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan udara untuk melaksanakan misi-misi kebombaan.
Keanggotaan
Sehingga sekarang keanggotaan seramai 20 orang di FRAM Wakaf Tapai.
Aktiviti semasa
Membantu menjayakan Kursus Asas MUST.
Perancangan Tahunan
Mengikuti latihan tahunan atau latihan Currency sekurangnya-kurangnya sekali setahun dan menjadi tenaga pelajar kepada Kursus Asas MUST sekurang-kurangnya sekali setahun .

pasukan hazmat

pasukan hazmat

Pasukan Khas \ Hazmat

PDFCetakE-mail

watermarkkPASUKAN ‘HAZMAT’
AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, WAKAF TAPAI, TERENGGANU

PENGENALAN

Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai telah beroperasi pada tahun 2003 dengan keluasan 340 ekar.  kemasukan pelatih Kursus Asas Sains kebombaan yang pertama siri 1/2003 seramai 115 orang.Pada masa tersebut Akademi ini hanya mengendalikan kursus Asas Sains Kebombaan sahaja.

LATARBELAKANG.

Akademi Bomba dan Malaysia, adalah bertanggungjawab menjalankan latihan dan kursus Pasukan Hazmat Jabatan Bomba Dan Penyelamat malaysia  di negara ini sejak dari penubuhannya.Justeru itu Y.S.Komandan Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai telah mengambil langkah menghantar pegawai dan jurulatih untuk menjalani kursus dan latihan di dalam dan luar Negara.Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai 15 orang pegawai terdiri daripada pelbagai pangkat dan berperanan sebagai tenaga pengajar dan jurulatih pasukan “HAZMAT”. Pasukan ini telah menerima Watikah Pelantikan dan Elaun dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.Disamping selaku tenaga pengajar dan jurulatih,pasukan ini juga sentiasa siapsaga dan boleh digerakkan pada bila-bila masa ke tempat operasi apabila di perlukan.

Akademi Bomba Dan penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai Peralatan yang cukup dan sesuai bagi tujuan latihan dan operasi.Pasukan ini juga sering meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan pengukuhan yang diatur mengikut jadual selain dari mengendalikan kursus-kursus semasa.

OBJEKTIF

  • Melahirkan Pegawai latihan  yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengendalikan bahan berbahaya
  • Meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai latihan sejajar dengan tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai latihan.
  • Meningkatkan keyakinan dan disiplin diri serta mengamalkan gerak kerja yang selamat serta effisien mengikut prosedur yang telah ditetapkan

MISI

Memberikan Perkhidmatan Latihan Kebombaan dan Penyelamatan Kepada Pegawai Bomba Dalam Pelbagai Bidang dan Kemahiran

VISI

Sebuah Organisasi Latihan Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Antarabangsa

KEANGGOTAAN

Keanggotaan seramai 11 orang pegawai pelbagai pangkat.

AKTIVITI SEMASA

Latihan remedial kemahiran akan dijalankan 20 jam setiap bulan meliputi sekurang-kurangnya sembilan (9) modul yang ditetapkan dalam Buku Log (Hazmat) sepertimana berikut:

  1. L1 - Latihan kemahiran pemakaian alat pernafasan
  2. L2 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan pengesan
  3. L3 - Latihan kemahiran pemakaian dan penggunaan alat perlindungan
  4. L4 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan operasi Hazmat
  5. L5 - Latihan kemahiran penggunaan peralatan decontamination
  6. L6 - Latihan kemahiran pengggunaan peralatan komunikasi dan data maklumat Hazmat
  7. L7 - Latihan kemahiran taktikal dan metodologi pengurusan bencana Hazmat
  8. L8 - Latihan kemahiran maklumat kemerbahayaan bahan-bahan kimia terkini (Khas untuk Komander Hazmat dan Pakar Hazmat)
  9. L9 - Aktiviti dan latihan Hazmat lain yang dilaksanakan
  
PERANCANGAN TAHUNAN

  • Program latihan berkala
  • Program Latihan Bersama Pasukan HAZMAT JBPM negeri-negeri
  • Program Latihan Major Exercise
  • Pengendalian Kursus Pengukuhan Pasukan HAZMAT
  • Mengadakan lawatan di tempat-tempat seperti berikut : 
    • Kawasan-kawasan yang berisiko tinggi yang berada di Negeri Terengganu. 
    • Negeri-negeri yang mempunyai Pasukan Hazmat.

pasukan khas